Sukan Perpaduan 2023 (SUPER 2023)
- ukk
Kuching, Sarawak, 18 November 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan merasmikan Sukan Perpaduan 2023 (SUPER 2023) yang berlangsung di Kuching, Sarawak.
Berlangsung selama dua hari bermula pada 18 hingga 19 November, kejohanan ini disertai kontinjen KBS dan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.
Antara objektif sukan perpaduan 2023 adalah untuk mewujudkan persefahaman dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat serta melahirkan kakitangan yang aktif dan cergas.
SUPER 2023 mempertandingkan beberapa acara sukan antaranya bola jaring, boling, boling padang, badminton, sukan tradisional dan sebagainya.
Majlis juga diserikan dengan kehadiran Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, YB Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia
