Nicol David Junior Open
- ukk
Kuala Lumpur, 20 November 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir ke kejohanan Nicol David Junior Open yang berlangsung di Kompleks Skuasy Jalan Duta.
Pertandingan yang berlangsung bermula pada 20 hingga 24 November 2023 melibatkan sebanyak enam kategori iaitu Perempuan Bawah 9 tahun, Lelaki Bawah 9 tahun, Perempuan Bawah 11 tahun, Lelaki Bawah 11 tahun, Perempuan Bawah 13 tahun dan Lelaki Bawah 13 tahun.
Ini merupakan kejohanan kebangsaan pertama yang dianjurkan oleh Nicol David Organisation dalam usaha untuk terus mempromosi dan meningkatkan penglibatan akar umbi dan penyertaan dalam Skuasy.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia
