Berita KBS

 Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang I, Penggal 34, Sesi 2023 – 2024

Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang I, Penggal 34, Sesi 2023 – 2024

Cheras, 23 November 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir mempengerusikan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang I, Penggal 34, Sesi 2023 – 2024 di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras.

MPBN merupakan platform kepada golongan belia untuk menyuarakan pandangan mengenai isu dan cabaran yang sedang dihadapi seterusnya dapat memperkasakan belia sebagai pemangkin masyarakat sejahtera selari dengan matlamat Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MBPM 2030).

Majlis turut dihadiri oleh YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.