Kunjungan Hormat YBhg. Ts. Dr. KSU KBS ke Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC)
- ukk
Pulau Pinang, 22 November 2023 - Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah mengadakan lawatan kerja ke Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) bertempat di PYDC Youth Centre, Jelutong, Pulau Pinang.
YBhg. Ts. Dr. telah disambut oleh Dr Gwee Sai Ling, Pengurus Besar serta kakitangan PYDC. Sesi dimulakan dengan pembentangan program yang dilaksanakan oleh KBS, JBSN dan PYDC masing-masing, dan diteruskan dengan perbincangan peluang kerjasama untuk tahun 2024. Antara program yang dikongsikan termasuk program Rakan Muda: Nafas Baharu, Pemerkasaan Belia Luar Bandar dan sukarelawan belia.
Turut hadir bersama adalah Encik Mozakir bin Buyong Mokhtar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia
