Berita KBS

Majlis Penyerahan Insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) - Sukan Asia dan Sukan Para Asia Hangzhou 2022

Majlis Penyerahan Insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) - Sukan Asia dan Sukan Para Asia Hangzhou 2022

Subang Jaya, 23 November 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) kepada pemenang-pemenang pingat dua temasya sukan iaitu Sukan Asia dan Sukan Para Asia Hangzhou 2022.

SHAKAM yang diperkenalkan sejak 1986 diwujudkan bagi menghargai pencapaian atlet yang mengharumkan nama negara dalam beberapa temasya sukan seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEA dan Para ASEAN, selain kejohanan individu di peringkat dunia, Komanwel atau benua Asia.

Kontinjen Malaysia membawa pulang 32 pingat yang terdiri daripada enam emas, lapan perak dan 18 gangsa di Sukan Asia manakala kontinjen para memenangi keseluruhan 39 pingat merangkumi tujuh emas, 15 perak dan 17 gangsa.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.