Projek Tongkat: Stand With Palestine
- ukk
Putrajaya, 25 November 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di program jelajah Projek Tongkat: Stand With Palestine yang berlangsung di Putrajaya.
Program yang melibatkan perlawanan bola sepak antara pasukan Malaysia Amputee Football vs Team Aqil ini turut menampilkan beberapa pempengaruh bola sepak.
Lebih menarik adik Aqil yang pernah menarik perhatian rakyat Malaysia yang berjaya menamatkan larian 100m pada Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas di MSSD Jerantut yang lalu turut sama dalam program ini.
Jelajah yang bermula dari 18 hingga 26 November bertujuan memberi kesedaran mengenai Projek Tongkat dengan memperkenalkan sukan bola sepak kudung kepada individu OKU, di samping mendedahkan kekejaman rejim Israel terhadap penduduk Gaza.
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI
