Berita KBS

    Majlis Perasmian Penutup Projek Reben Kuning 2023

    Majlis Perasmian Penutup Projek Reben Kuning 2023

    Melaka, 29 November 2023 - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Projek Reben Kuning 2023 bertempat di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka.

    Projek ini merupakan sebuah inisiatif intervensi sosial oleh KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia.

    Inisiatif ini dijalankan untuk memberi peluang kedua kepada banduan belia dari Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) dan penghuni Sekolah Henry Gurney menerusi program-program latihan pembangunan kemahiran.

    Pengisian utama di bawah projek ini adalah pelaksanaan program latihan kemahiran selama lima (5) hari kepada peserta/ pelatih yang dipilih oleh Jabatan Penjara Malaysia.

    Peserta/ pelatih terdiri daripada 100 orang banduan belia dari PRP dan penghuni Sekolah Henry Gurney yang berumur antara 15 hingga 40 tahun.

    Majlis penutup turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Komisioner Jeneral Penjara Malaysia.

    #TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

    Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
    Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
    Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Putrajaya Malaysia

    Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
    Kemaskini Terakhir Laman Ini pada : 20 Disember 2023

    Search