Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Program “Social Entrepreneurship for Rural Youth (SERY)” 2023
- ukk
Cheras, 21 Disember 2023 - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan majlis penutup dan penyampaian hadiah Program “Social Entrepreneurship for Rural Youth (SERY)” 2023.
Bagi edisi tahun ini kumpulan SWD Mulch dinobatkan sebagai juara SERY 2023. Mengetengahkan projek keusahawanan sosial penghasilan inovasi baja yang mengandungi kayu dan rumpai laut, kumpulan yang dianggotai empat anak muda dari Sabah ini membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10 ribu, trofi dan sijil.
SERY merupakan program latihan berstruktur dan komprehensif dengan elemen bimbingan dan pementoran bagi pengukuhan belia dalam keusahawan sosial seterusnya menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi dan komuniti luar bandar.
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI
