Berita KBS

Majlis Amanat YB Menteri Belia dan Sukan Bersama Atlet, Jurulatih dan Pemegang Taruh Sukan

Majlis Amanat YB Menteri Belia dan Sukan Bersama Atlet, Jurulatih dan Pemegang Taruh Sukan

Bukit Jalil, 11 Januari 2024 - Bertempat di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil telah berlangsungnya Majlis Amanat YB Menteri Belia dan Sukan bersama atlet, jurulatih dan pemegang taruh sukan.

Antara perkara yang disentuh oleh YB Hannah Yeoh dalam amanatnya adalah pencapaian dan inisiatif sukan telah berjaya dilaksanakan pada tahun 2023. 

Kejayaan atlet negara mencapai sasaran pingat di Sukan Asia dan Sukan Para Asia di Hangzhou, penubuhan Jawatankuasa Road To Gold (RTG), Penubuhan Jawatankuasa Tertinggi Pembangunan Sukan (HLC), Peningkatan dari 51 jenis sukan kepada 103 jenis sukan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 dan sebagainya merupakan antara pencapaian dan inisiatif yang telah berjaya dilaksanakan pada tahun lepas.

Dalam majlis yang sama juga YB Menteri turut memaklumkan atlet di bawah Program Podium akan menerima caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bayaran elaun bulanan atlet yang kini ditukar kepada gaji dinaikkan daripada RM800 kepada RM1,500 sebulan.

Semoga tahun 2024 akan menjadi platform terbaik bagi semua pemegang taruh sukan untuk mencipta kejayaan yang lebih gemilang #DemiMalaysia .

Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.