Berita KBS

Majlis Pembukaan Kejohanan Cabaran Sukan Wanita Peringkat Kebangsaan

Majlis Pembukaan Kejohanan Cabaran Sukan Wanita Peringkat Kebangsaan

Kajang, 12 Januari 2024 - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim hadir menyempurnakan Majlis Pembukaan Kejohanan Cabaran Sukan Wanita Peringkat Kebangsaan bertempat di Sports Arena @ UNITEN, Kajang.

Kejohanan ini merupakan kemuncak kepada penganjuran Cabaran Sukan Wanita yang merupakan inisiatif KBS dengan hasrat memperkasakan pembangunan sukan terutamanya dalam kalangan wanita.

Dengan sasaran penyertaan seramai 3,500 orang di peringkat zon dan kebangsaan, kejohanan mempertandingan empat (4) acara sukan iaitu Bola Jaring, Bola Baling, Bola Tampar dan Sukan Elektronik (Mobile Legends: Bang Bang).

Majlis pembukaan ini turut diserikan dengan kehadiran Ketua Setiausaha KBS, Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.