Berita KBS

PENYERAHAN SUMBANGAN TABUNG SELAMATKAN HARIMAU MALAYA

PENYERAHAN SUMBANGAN TABUNG SELAMATKAN HARIMAU MALAYA

Putrajaya, 12 Januari 2024 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah menyaksikan penyerahan mock cheque dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) yang bernilai RM99,845.00 untuk Tabung Selamatkan Harimau Malaya. 

Kutipan sumbangan ini adalah hasil jualan tiket daripada tiga perlawanan antarabangsa pasukan Harimau Malaya yang telah berlangsung pada bulan Oktober dan November 2023 yang mana RM 1 setiap tiket disumbangkan kepada tabung ini. 

Jumlah keseluruhan sumbangan kepada tabung ini setelah dilancarkan pada Mac 2023 ialah RM131,408.00 daripada enam perlawanan antarabangsa Harimau Malaya.

Majlis penyerahan ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Wira Mohd Yusoff bin Haji Mahadi, Timbalan Presiden FAM dan YBhg. Dato' Hasnan bin Hj. Yusop, Timbalan Ketua Pengarah Operasi (PERHILITAN).

Kolaborasi KBS dan FAM ini menjadi saksi kepada satu bukti konklusif di mana kedua-dua organisasi ini juga menitikberatkan hidupan liar khususnya harimau Malaya yang merupakan haiwan ikonik Malaysia yang kini kian terancam. Ini adalah satu misi yang izhar buat FAM dan KBS dalam pemuliharaan harimau Malaya.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.