Skrin Piala Asia 2023 Stadium Nasional Bukit Jalil
- ukk
Bukit Jalil, 16 Januari 2024 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir menyaksikan Skrin Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Saingan Piala Asia AFC 2023 membuka tirai bagi Malaysia apabila bertemu Jordan dengan perlawanan berkesudahan Malaysia tewas dengan jaringan 0-4.
Pasukan negara akan meneruskan saingan bagi kumpulan E dengan menentang Bahrain pada Sabtu, 20 Januari 2024, jam 10.30 malam (waktu Malaysia)
Terima kasih kepada penyokong Harimau Malaya yang turut hadir memberikan sokongan menerusi Skrin Besar anjuran KBS.
Jumpa anda semua di Skrin Besar yang seterusnya bagi menyaksikan perlawanan Piala Asia 2023.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI
