Skrin Besar Piala Asia 2023 Dataran Putrajaya
- ukk
Putrajaya, 16 Januari 2024 - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir menyaksikan Skrin Besar Piala Asia 2023 di Dataran Putrajaya, Persint 3.
Saingan Piala Asia AFC 2023 membuka tirai bagi Malaysia apabila bertemu Jordan dengan perlawanan berkesudahan Malaysia tewas dengan jaringan 0-4.
Pasukan negara akan meneruskan saingan bagi kumpulan E dengan menentang Bahrain pada Sabtu, 20 Januari 2024, jam 10.30 malam (waktu Malaysia)
Terima kasih kepada penyokong Harimau Malaya yang turut hadir memberikan sokongan menerusi Skrin Besar anjuran KBS.
Jumpa anda semua di Skrin Besar yang seterusnya bagi menyaksikan perlawanan Piala Asia 2023.
