Perhimpunan KBS Bulan Januari 2024
- ukk
Putrajaya, 16 Januari 2024 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di Perhimpunan KBS Bulan Januari 2024.
YB Menteri dalam amanatnya menekankan agar semua warga KBS sentiasa mendengar dan terbuka menerima pandangan untuk sentiasa menambah baik cara bekerja bagi mewujudkan persekitaran yang sihat.
Beliau juga turut mahu semua kakitangan KBS sentiasa menerapkan enam teras gagasan Malaysia MADANI dalam urusan kerja seharian.
Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS dan pengurusan tertinggi KBS.
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI
