Berita KBS

SIDANG MEDIA PERMOHONAN GERAN/DANA BAGI PROGRAM DAN AKTIVITI PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN

SIDANG MEDIA PERMOHONAN GERAN/DANA BAGI PROGRAM DAN AKTIVITI PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN

Putrajaya, 19 Januari 2024 - KBS sentiasa komited memperkasakan pembangunan belia dan sukan terutamanya menerusi penganjuran program dan aktiviti pembangunan belia dan sukan. Usaha ini memerlukan penglibatan semua pemegang taruh berkaitan seperti badan sukan, pertubuhan belia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan entiti swasta/ korporat secara inklusif.

Komitmen ini turut merangkumi penyertaan atlet yang mewakili Malaysia ke kejohanan-kejohanan sukan bertaraf antarabangsa yang akan memberikan impak kepada negara.

Sehubungan itu, KBS ingin menyediakan ekosistem yang boleh mendayaupayakan penglibatan pemegang taruh. Justeru, KBS pada tahun 2024 telah menyediakan beberapa dana, untuk diakses oleh pemegang taruh demi kemajuan dan pembangunan belia dan sukan, seperti berikut:

Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN)
Geran Padanan Sukan (GPS)
Dana Sukan Komuniti (DSK)
Dana Bantuan (Pembangunan Belia) KBS

Penyediaan geran/ dana ini juga akan memperkasakan industri sukan melalui penganjuran program-program sukan dan membantu memulihkan ekonomi sektor ini yang telah terkesan akibat wabak COVID-19. Permohonan bagi dana-dana di atas adalah tertakluk kepada terma dan syarat. 

Penganjuran aktiviti berkaitan pembangunan sukan adalah berdasarkan kepada jenis sukan yang tersenarai di dalam Perintah Pembangunan Sukan (Pindaan Jadual Pertama) 2023, Akta Pembangunan Sukan 1997 yang boleh dimuat turun dari laman web KBS.
Orang ramai boleh melayari laman sesawang KBS (https://www.kbs.gov.my/home) bagi memohon secara dalam talian dan mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci.

Diharapkan inisiatif ini menyemarakkan lagi hasrat memperkasakan pembangunan belia dan sukan di Malaysia selaras dengan aspirasi digariskan di bawah MPBM 2030 dan Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030) seiring dengan kerangka Malaysia MADANI.

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.