Skrin Besar Piala Asia 2023 - Malaysia vs Bahrain
- ukk
Bukit Jalil, 20 Januari 2024 - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan turun padang menyaksikan Skrin Besar Piala Asia 2023 di Stadium Bukit Jalil.
Saingan Piala Asia 2023 diteruskan dengan perlawanan Malaysia menentang Bahrain dengan berkesudahan skuad Harimau Malaya tewas 1-0.
Pasukan negara akan meneruskan saingan bagi kumpulan E dengan menentang Korea Selatan pada Khamis, 25 Januari 2024, jam 7.30 malam (waktu Malaysia).
Turut hadir, Ketua Setiausaha KBS, Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.
Jumpa anda semua di Skrin Besar yang seterusnya bagi menyaksikan perlawanan Piala Asia 2023 pada 25 Januari 2024.
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI
