Program Penghayatan Nilai-nilai Islam dalam Perkhidmatan Awam Sempena Israk dan Mikraj
- ukk
Putrajaya, 23 Januari 2024 - Bertempat di Menara KBS, telah berlangsungnya Program Penghayatan Nilai-nilai Islam dalam Perkhidmatan Awam Sempena Israk dan Mikraj anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KBS.
Hampir 300 orang warga KBS hadir di sesi ceramah ini yang dilaksanakan secara fizikal dan atas talian. Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hamdan Mohamad, Pegawai JAKIM ini memfokuskan kepada pembentukan sahsiah mulia dalam diri penjawat awam selari dengan nilai Malaysia MADANI.
