Perbincangan Bersama Majlis Belia Malaysia (MBM)
- ukk
Putrajaya, 23 Januari 2024 - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengadakan perbincangan bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) pada 23 Januari 2024 bertempat di Menara KBS, Putrajaya.
Perbincangan diketuai oleh YBhg Ts Dr Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha, KBS serta Presiden MBM, Saudara Izzat Affifi. Pada pertemuan ini, kedua pihak telah membincangkan pelan transisi kepimpinan belia, perancangan strategik KBS-MBM, perancangan program pembangunan belia tahun 2024 dan pelbagai lagi.
Pertemuan ini juga telah membawa kata sepakat bahawa pembangunan belia perlu terus diperkasakan dengan pelbagai pihak. Perbincangan turut dihadiri oleh barisan Exco Kanan MBM serta Pegawai-pegawai kanan KBS.
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI
