Berita KBS

Menyambut Kepulangan Harimau Malaya - Piala Asia 2023

Menyambut Kepulangan Harimau Malaya - Piala Asia 2023

KLIA, 26 Januari 2024 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di KLIA bagi menyambut kepulangan pasukan Harimau Malaya selepas menamatkan kempen Piala Asia 2023 di Qatar.

Ratusan penyokong Harimau Malaya juga turut sama hadir menymabut kepulangan skuad  kendalian Kim Pan Gon itu.

YB Menteri juga turut menyerahkan replika cek sumbangan RM5 juta daripada Kerajaan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi tujuan menjalankan aktiviti dan program tahun 2024 yang disampaikan kepada Timbalan Presiden FAM, Dato' S. Sivasundaram.

Tewas dua perlawanan awal Kumpulan E kepada Jordan (4-0) dan Bahrain (1-0), skuad Harimau Malaya berjaya mengikat pasukan ranking ke-23 dunia, Republik Korea 3-3.

Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.