Berita KBS

Kunjungan Hormat ke Jabatan Audit Negara (JAN)

Kunjungan Hormat ke Jabatan Audit Negara (JAN)

Putrajaya, 2 Februari 2024 -  YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha, KBS telah mengetuai pertemuan dengan Jabatan Audit Negara (JAN) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) di Jabatan Audit Negara, Parcel F, Putrajaya. 

Beberapa perkara telah dibincangkan termasuk usaha meningkatkan tadbir urus dan tatakelola dalam ekosistem sukan dan belia. 

Pertemuan ini turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan KBS, JAN dan Perbadanan Stadium Malaysia. Semoga pertemuan ini akan terus menyemarakkan usaha KBS dalam mengukuhkan integriti dan tadbir urus kewangan.

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 10:37:42
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.