Berita KBS

Lawatan YBhg. Ts. Dr. KSU KBS ke tapak pembinaan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Muar, Johor

Lawatan YBhg. Ts. Dr. KSU KBS ke tapak pembinaan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Muar, Johor

Muar, Johor, 4 Februari 2024 - Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah mengadakan lawatan pemantauan ke tapak pembinaan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Muar pada 4 Februari 2024. Projek ini merangkumi pembinaan dan penaiktarafan blok pejabat, gimnasium, kafeteria, asrama, surau, gelanggang serbaguna, futsal, sepak takraw dan kemudahan sukan yang lain.

Semasa di tapak, kontraktor telah memaklumkan bahawa kemajuan projek ini telah mencapai 84% berbanding jadual dan memberi komitmen bahawa projek ini akan siap sebelum tarikh tamat iaitu 28 April 2024. 

Melihat kepada keadaan tapak sedia dan jika dibandingkan dengan keadaan semasa lawatan pada 16 Disember 2023, YBhg. Ts. Dr. KSU berpandangan bahawa kemajuan yang dicapai adalah memuaskan. Pihak kontraktor juga telah diingatkan supaya menjaga tapak pembinaaan dengan lebih rapi supaya tiada pencerobohan oleh orang luar yang tidak berkenaan. Ini sangat penting dari aspek keselamatan. Untuk sebarang lawatan tapak, pihak luar perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada wakil Pegawai Penguasa (Superintending Officer – SO).

Kompleks TMIYC merupakan kompleks multi-purpose yang dibangunkan khas oleh Kerajaan untuk memacu pembangunan belia dan sukan. Apabila siap kelak, kompleks ini dijangka akan memberi manfaat kepada penduduk Muar khususnya golongan belia dan kawasan sekitarnya.

Turut hadir bersama adalah YB Dato Haji On bin Jabbar @ Jaaffar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan); YBrs. Tn. Hj. Hasrin Kamal bin Hashim, Pegawai Daerah Muar; dan YBrs. Tn. Hj. Norrizam Bin Muhamad, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Muar.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 10:45:44
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.