Majlis Resepsi Sambutan Hari Kemerdekaan Republik Demokratik Sosialis Sri Lanka
- ukk
Kuala Lumpur, 7 Februari 2024 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah menghadiri Majlis Resepsi Sambutan Hari Kemerdekaan Republik Demokratik Sosialis Sri Lanka yang ke-76 di Ritz Carlton Hotel, Kuala Lumpur.
YB Menteri telah diiringi oleh TYT Ketua Marsyal Udara (B) Sumanagala Dias, Pesuruhajaya Tinggi Republik Demokratik Sosialis Sri Lanka ke Malaysia bagi upacara ucap selamat dan seterusnya merasmikan sambutan berkenaan.
Kehadiran YB Menteri ke sambutan ini secara tidak langsung meningkatkan lagi hubungan baik Malaysia dan Sri Lanka.
Turut hadir Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, Dr. Norhasmat bin Abdul Aziz serta beberapa dif-dif kehormat daripada kedutaan dan kementerian lain.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia
