Sesi Perbincangan Meja Bulat (RTD) Berkaitan Pembudayaan Sukan dalam Kalangan Warga Emas
- ukk
Putrajaya, 8 Februari 2024 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan mempengerusikan Sesi Perbincangan Meja Bulat (RTD) Berkaitan Pembudayaan Sukan dalam Kalangan Warga Emas di Menara KBS, Putrajaya.
Sesi ini diadakan bagi mendapatkan pandangan, idea dan maklum balas daripada pemegang taruh sukan warga emas termasuk daripada jabatan/ agensi kerajaan, sektor swasta, badan sukan, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Penganjuran sesi ini turut menyumbang kepada pemerkasaan pembangunan sukan untuk semua seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030).
Turut hadir, Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI
