Berita KBS

Sekretariat Rakan Muda UMPSA di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah Kampus Gambang

Sekretariat Rakan Muda UMPSA di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah Kampus Gambang

Gambang, Pahang, 13 Februari 2024 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan turun padang meninjau pelaksanaan program Sekretariat Rakan Muda UMPSA di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah Kampus Gambang.

Program ini merupakan inisiatif yang digerakkan menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan pelbagai pengisian antaranya bengkel kreatif, klinik sukan & rekreasi dan kelas muzik tradisional.

Dalam majlis tersebut, YB Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi pelaksanaan program dan aktiviti pembangunan Rakan Muda oleh Sekretariat Rakan Muda Institusi Pengajian Tinggi (SRM IPT) bagi tahun 2024.

Bantuan kewangan ini diperuntukkan kepada SRM IPT untuk menjalankan program dan aktiviti pembangunan Rakan Muda berteraskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda.

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 10:39:46
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.