Perhimpunan Mesra KBS bagi bulan Februari 2024
- ukk
Putrajaya, 15 Februari 2024 - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli hadir menyampaikan amanat di Perhimpunan Mesra KBS bagi bulan Februari 2024 bertempat di Dewan Podium, Menara KBS.
YB Timbalan Menteri dalama amanatnya mahu supaya warga KBS menjunjung nilai dan integriti setinggi mungkin. Setiap tanggungjawab yang digalas wajar diberikan perhatian serius dan tidak dilakukan semata-mata kerana tuntutan tugas, tetapi harus dilihat sebagai sumbangan bermakna kita terhadap masyarakat.
Beliau juga berharap agar kakitangan KBS terus bekerja sebagai satu pasukan dalam persekitaran yang positif dan menggembirakan sekaligus menjadi organisasi contoh yang menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan menyeronokkan.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysi
