Kembara Jumpa Orang Muda (JOM)
- ukk
Ayer Keroh, Melaka, 17 Februari 2024 - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir ke sesi libat urus Pelan Transisi Kepimpinan Belia bersempena dengan penganjuran program Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) bertempat di Melaka Mall, Ayer Keroh.
Kembara JOM diadakan sebagai platform pemegang taruh belia menyalurkan maklum balas dan pandangan terhadap draf Pelan Transisi Kepimpinan Belia secara terus kepada kepimpinan tertinggi KBS.
Maklum balas tersebut akan digunakan ke arah memuktamadkan pelan tersebut yang bakal menjadi pemacu pelaksanaan pindaan kepada Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 [Akta 668].
Antara pengisian aktiviti di bawah Kembara JOM adalah taklimat oleh ROY, aktiviti Rakan Muda oleh JBSN dan pameran reruai oleh jabatan/ agensi kerajaan serta banyak lagi.
Penutup program telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia
