Pertemuan Dengan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)
- ukk
Putrajaya, 20 Februari 2024 - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha, KBS telah mengetuai pertemuan dengan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang diketuai oleh Encik Iskandar Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MyCC di Menara KBS.
Beberapa perkara telah dibincangkan temasuk taklimat berkenaan peranan MyCC dalam menentang tipuan bida dalam perolehan awam dan jalinan kerjasama strategik antara KBS dan MyCC dalam masa terdekat bagi memantapkan tatakelola urus tadbir kerajaan.
Pertemuan ini turut dihadiri oleh beberapa orang Pegawai Kanan KBS dan MyCC. Semoga pertemuan ini akan terus memperkasakan usaha KBS dalam mengukuhkan tatakelola dan urus tadbir kerajaan yang dengan lebih efisien.
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI
