Berita KBS

Lawatan pemantauan YBhg. Ts. Dr. KSU KBS ke tapak pembinaan projek Kompleks Sukan Rembau

Lawatan pemantauan YBhg. Ts. Dr. KSU KBS ke tapak pembinaan projek Kompleks Sukan Rembau

Rembau, 24 Februari 2024 - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah mengadakan lawatan pemantauan ke tapak pembinaan Kompleks Sukan Rembau pada 24 Februari 2024. Lawatan ini merupakan usaha berterusan KBS untuk memastikan semua projek pembangunan teratur dan disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.

Projek pembinaan Kompleks Sukan Rembau ini merangkumi pembinaan kemudahan sukan seperti dewan badminton, padang bola, astaka dan gelanggang futsal. Apabila disiapkan kelak, kompleks ini dijangka memberi manfaat kepada penduduk daerah Rembau khususnya belia dan penggiat sukan. Ini selari dengan hasrat Kerajaan untuk membudayakan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Turut hadir bersama adalah YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, YBrs. Encik Amir Hamzah bin Awang Ghazali, Setiausaha Bahagian (Pembangunan) KBS dan En. Zul Fadhli bin Abd Aziz, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 10:45:44
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.