Konsert Muzik Rakan Muda @ Kuala Lumpur 2024
- ukk
Kuala Lumpur, 24 Februari 2024 - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS hadir menyaksikan Konsert Muzik Rakan Muda @ Kuala Lumpur 2024 di KLPAC, Sentul.
Konsert ini merupakan kemuncak Kem Muzik Rakan Muda yang telah berlangsung selama lima hari bermula pada 19 Februari yang lalu.
Membabitkan seramai 63 orang anak muda, sebanyak 10 buah lagu telah didendangkan antaranya Saya Anak Malaysia, Spring Festival, Conquest of Paradise, Iris Suite dan Rakan Muda.
Kem ini merupakan inisiatif KBS dengan kerjasama DBKL menerusi gaya hidup Rakan Muzik.
#TeamKBS#DemiMalaysia #MalaysiaMADANI
