Berita KBS

Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Peringkat Negeri Sembilan

Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Peringkat Negeri Sembilan

Paroi, Negeri Sembilan, 25 Februari 2024 - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir ke sesi libat urus Pelan Transisi Kepimpinan Belia bersempena dengan penganjuran program Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Peringkat Negeri Sembilan bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi.

Kembara JOM adalah inisiatif KBS  bagi membolehkan pemegang taruh belia menyampaikan maklum balas dan pandangan terhadap deraf Pelan Transisi Kepimpinan Belia secara terus kepada kepimpinan tertinggi Kementerian.

Maklum balas dan pandangan yang diterima ini akan digunakan ke arah memuktamadkan pelan tersebut yang bakal menjadi pemacu pelaksanaan pindaan kepada Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 [Akta 668].

Antara pengisian aktiviti di bawah Kembara JOM adalah taklimat oleh ROY, aktiviti Rakan Muda dan pameran reruai oleh jabatan/ agensi kerajaan serta banyak lagi.

Program juga diserikan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Mustapha Nagoor.

Turut hadir,  Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, Tuan Haji Abdullah bin Hasan.

#TeamKBS#DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 10:39:46
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.