Mesyuarat Tahunan antara Pemimpin Malaysia-Australia
- ukk
Australia, 4 Mac 2024 - Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Australia TYT Anthony Albanese telah mempengerusikan secara bersama Mesyuarat Tahunan antara Pemimpin Malaysia-Australia kali kedua di Melbourne pada hari ini.
Semasa mesyuarat tersebut kedua-dua pemimpin berbincang mengenai status kemajuan hubungan dua hala di antara Malaysia dan Australia di bawah Kerangka Kerjasama Strategik Komprehensif (CSP) yang telah ditubuhkan pada tahun 2021. Kedua-dua pemimpin turut membincangkan kaedah untuk memperkasakan lagi kerjasama sedia ada dalam pelaburan dan perdagangan, pendidikan serta pertahanan, siber sekuriti, digital ekonomi serta sains, teknologi dan inovasi.
Mesyuarat yang turut dihadiri YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyaksikan kedua-dua pemimpin turut membuat Pertukaran Memorandum Persefahaman dalam sektor pendidikan tinggi, belia dan sukan, siber sekuriti serta pelaksanaan perjanjian pengharaman ujian nuklear komprehensif (CTBT).
Ini merupakan kejayaan bagi kedua-dua negara dalam mencorak hala tuju hubungan dua hala yang lebih progresif di masa hadapan.
