Berita KBS

Perbicangan Antara KSU KBS bersama-sama KSU NRES

Perbicangan Antara KSU KBS bersama-sama KSU NRES

Putrajaya, 6 Mac 2024 - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha, KBS telah mengadakan pertemuan dengan YBhg. Dr. Ching Thoo A/L Kim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli Dan Kelestarian Alam (NRES) di Menara KBS. 

Beberapa perkara telah dibincangkan termasuk isu berkaitan penganjuran sukan lasak dalam hutan dan juga meneroka potensi kerjasama antara kedua-dua kementerian dalam program yang bercirikan teknologi hijau. 

Pertemuan ini turut dihadiri oleh beberapa orang Pegawai Kanan KBS dan NRES. Semoga pertemuan ini dapat memastikan program yang dijalankan adalah selari dengan usaha menjaga keseimbangan dan kelestarian alam sekitar.

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADAN

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 08:47:57
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.