Berita KBS

Pelancaran Program Senamrobik Komuniti Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  2024

Pelancaran Program Senamrobik Komuniti Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024

9 Mac 2024, Cheras - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh menyempurnakan pelancaran Program Senamrobik Komuniti Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2024 bertempat di Dataran Perumahan Awam Seri Selangor, Cheras.

Program ini merupakan inisiatif KBS dengan hasrat membudayakan sukan dan amalan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat terutamanya di peringkat komuniti, termasuk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA).

Program diadakan secara mingguan (hujung minggu) di 43 buah PPR/PA seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula pada bulan Mac hingga Disember 2024 dengan pengisian sebanyak 44 buah siri senamrobik secara PERCUMA.

Program juga turut dimeriahkan dengan kehadiran atlet tenpin boling, karate, pencak silat dan olahraga.

Penganjuran program juga akan menyumbang kepada pemerkasaan pembangunan sukan untuk semua termasuklah dalam kalangan kaum wanita dan warga emas seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030).

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 08:47:57
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.