Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Peringkat Negeri Selangor
- ukk
10 Mac 2024, Shah Alam - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli hadir ke sesi libat urus Pelan Transisi Kepimpinan Belia bersempena dengan penganjuran program Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Peringkat Negeri Selangor bertempat di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam.
Kembara JOM diadakan bagi membolehkan pemegang taruh belia menyampaikan maklum balas dan pandangan terhadap draf Pelan Transisi Kepimpinan Belia secara terus kepada kepimpinan tertinggi KBS.
Maklum balas dan pandangan yang diterima ini akan digunakan ke arah memuktamadkan pelan tersebut yang bakal menjadi pemacu pelaksanaan pindaan kepada Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 [Akta 668].
Antara pengisian aktiviti di bawah Kembara JOM adalah taklimat oleh ROY, aktiviti Rakan Muda oleh JBSN dan pameran reruai oleh jabatan/ agensi kerajaan serta banyak lagi.
Program juga diserikan dengan kehadiran Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, YB Najwan Halimi.
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI
