Berita KBS

Program Ops Pantau Akta 668 Pertubuhan Belia Peringkat Daerah Hulu Langat Tahun 2024

Program Ops Pantau Akta 668 Pertubuhan Belia Peringkat Daerah Hulu Langat Tahun 2024

3 Mac 2024, Hulu Langat - Program Ops Pantau Akta 668 Pertubuhan Belia Peringkat Daerah Hulu Langat Tahun 2024 telah dilaksanakan bertempat di Perpustakaan Daerah Hulu Langat, Selangor.

Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan Akta 668, Pindaan Perlembagaan pertubuhan belia, Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD), Penilaian Penarafan Bintang, Geran Padanan Sukan (GPS) dan Dana Sukan Komuniti (DSK).

Taklimat telah diberikan oleh YBrs. Dr. Hjh. Siti Nazariah Hj. Abdul Razak selaku Ketua Penolong Pendaftar dan Pn. Nurhamizah Kamarun Majif; Penolong Pendaftar dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia dan En. Muhammad Mazli Mustaffa dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat.

Seramai 40 orang peserta yang juga pemegang jawatan dari pelbagai pertubuhan belia bercawangan dan pertubuhan belia tunggal telah menghadiri program ini.

Majlis Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh Saudara Muhammad Sherhan bin Abd Aziz selaku Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat. Turut sama hadir Puan Suhaila Mohd Saat selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat.

Penjelasan dan soal jawab dua hala yang baik semasa taklimat ini diharap dapat dijadikan panduan oleh semua peserta di dalam membantu memantapkan tadbir urus pertubuhan belia dan tatakelola kepimpinannya.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 08:47:57
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.