Program Ops Pantau Akta 668 Pertubuhan Belia Peringkat Daerah Kuala Langat Tahun 2024
- ukk
9 Mac 2024, Kuala Langat - Telah berlangsung Program Ops Pantau Akta 668 Pertubuhan Belia Peringkat Daerah Kuala Langat Tahun 2024 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat, Selangor.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan Akta 668 dan pemahaman pengurusan / tata kelola pemantapan kepimpinan pertubuhan belia di daerah Kuala Langat.
Puan Nurhamizah binti Kamarun Majif daripada Pejabat ROY telah dijemput untuk memberi taklimat dan perkongsian berkenaan :
i) Pindaan Akta 668;
ii) Pindaan Perlembagaan;
iii) Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD); dan
iv) Penilaian Penarafan Bintang
Seramai 25 orang peserta yang juga pemegang jawatan dari pelbagai pertubuhan belia bercawangan dan pertubuhan tunggal telah hadir ke program ini.
Perasmian majlis penutup telah dirasmikan oleh Saudara Al-Hafizi Abu Bakar, Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Langat. Turut sama hadir Encik Mohamad Fadil bin Sulaiman,
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat.
Diharap dengan perkongsian dan juga taklimat yang disampaikan dapat dijadikan panduan oleh semua peserta di dalam membantu memperkasakan pembangunan pertubuhan belia di Malaysia amnya dan di negeri / daerah khususnya.
