Penilaian bagi Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat WPKL Tahun 2023 - Kategori Pertubuhan
- ukk
6-7 MAC 2024 | KUALA LUMPUR - Penilaian bagi Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat WPKL Tahun 2023 - Kategori Pertubuhan telah berlangsung selama 2 hari bermula 6-7 Mac 2024.
Sebanyak 5 pertubuhan belia di WPKL telah menyertai APBN pada kali ini, iaitu:
1) Pertubuhan Belia Hindu Cawangan Seputeh
2) Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia Cawangan WPKL
3) Kelab Belia Sri Perak Bandar Baru
4) Kelab Belia Transformasi Taman Setiawangsa
5) Kelab Belia Bandar Wangsa Maju
Penilaian ini bertujuan mengukur dan menilai aspek pengurusan pertubuhan merangkumi pengurusan pentadbiran/organisasi, pengurusan kewangan dan keterlibatan ahli-ahli dan pelaksanaan program.
Encik Shamsul bin Musa Timbalan Pendaftar dari Pejabat ROY merupakan salah seorang panel yang yang telah dilantik bagi menilai aspek pengurusan pentadbiran/organisasi termasuk MYKD dan Mesyuarat Agung Tahunan juga pengurusan kewangan selaras dengan perlembagaan pertubuhan dan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).
Selamat maju jaya diucapkan buat semua pertubuhan belia yang menyertai APBN Peringkat WPKL
