Perhimpunan Bulanan KBS - Mac 2024
- ukk
21 Mac 2024, Putrajaya - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS hadir di Perhimpunan Bulanan KBS bagi bulan Mac 2024.
Dalam amanat YBhg. Ts. Dr. KSU beliau mahu warga KBS sentiasa berasa seronok ketika melaksanakan tugas masing-masing sekaligus menjadikan KBS sebagai tempat yang seronok untuk bekerja.
Beliau juga turut menekankan enam rukun Malaysia Madani dan G.R.E.A.T Civil Service sebagai panduan dalam melaksanakan tugas masing-masing.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Pusat Tanggungjawab Terbaik 2023. Sebanyak sebelas PTJ telah diiktiraf sebagai PTJ terbaik 2023.
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI
