HEBAHAN IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN, TIMBALAN PESURUHJAYA SUKAN GRED 54 TERBUKA
- ukk
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
HEBAHAN IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN, TIMBALAN PESURUHJAYA SUKAN GRED 54 TERBUKA
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
- Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ingin mempelawa kepada sesiapa yang berminat dan memenuhi syarat untuk mengemukakan permohonan sebagai Timbalan Pesuruhjaya Sukan di Pejabat Pesuruhjaya Sukan bagi Gred 54 Terbuka.
- Permohonan ini terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Awam / Perkhidmatan Awam Negeri / Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan yang berkelayakan bagi mengisi jawatan di KBS.
- Bersama-sama ini dilampirkan borang permohonan untuk rujukan dan tindakan lanjut pegawai. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke KBS seperti alamat di bawah selewat-lewatnya pada 5 April 2024 (Jumaat). Permohonan yang lewat diterima dan tidak lengkap tidak akan diproses.
Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Belia dan Sukan
Aras 5, Menara KBS
No 27 Persiaran Perdana , Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya
- Sebarang pertanyaan lanjut berhubung urusan ini boleh diajukan kepada pegawai-pegawai berikut:
|
Bil. |
Nama |
No. Telefon |
E-mel |
|
1. |
Puan Nur Fariza binti Husaini |
03-8871 3027 |
|
|
2. |
Puan Ireen Goh |
03-8871 355 |
|
Sekian.
“MALAYSIA MADANI”
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
SUMBER:
CAWANGAN PERKHIDMATAN DAN PRESTASI
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
