Lawatan Pemantauan Kompleks Sukan Tenom
- ukk
23 Mac 2024, Tenom, Sabah - Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah mengadakan lawatan pemantauan ke tapak projek naik taraf dan baik pulih Kompleks Sukan Tenom pada 23 Mac 2024.
Lawatan ini merupakan usaha berterusan KBS untuk memastikan semua projek pembangunan teratur dan disiapkan mengikut garis masa yang ditetapkan.
Projek naik taraf dan baik pulih Kompleks Sukan Tenom ini merangkumi kemudahan sukan seperti astaka, padang bola sepak dan trek balapan.
Projek ini telah mencapai 98% dan apabila disiapkan kelak, dijangka memberi manfaat kepada penduduk Tenom khususnya belia dan penggiat sukan. Ini selari dengan hasrat Kerajaan untuk membudayakan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia.
KBS turut berterima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sabah melalui Lembaga Sukan Sabah dalam menjayakan projek ini.
Turut hadir bersama adalah YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS; Encik Terrance Edward Pudin, Pengurus Besar, Lembaga Sukan Sabah; dan Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sabah.
