Berita KBS

Kunjungan Hormat Daripada TYT Abdelhafid Bounour, Duta Algeria ke Malaysia

Kunjungan Hormat Daripada TYT Abdelhafid Bounour, Duta Algeria ke Malaysia

1 April 2024, Putrajaya - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Abdelhafid Bounour, Duta Algeria ke Malaysia di Menara KBS, Putrajaya.

Antara perkara yang telah dibincangkan ialah program-program yang menjadi fokus Kementerian serta peluang berkolaborasi dengan pihak Algeria terutamanya dalam sukan bola sepak.  Kunjungan hormat ini secara tidak langsung mencipta platform kerjasama antara Malaysia dan Algeria melalui memorandum persefahaman dalam bidang belia dan sukan. 

Turut hadir bersama ialah YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS dan Encik Ali Saidi, Penasihat Duta Algeria.

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADAN

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 20-03-2025, 09:14:13

Jumlah Pengunjung Laman :

Search