Berita KBS

 Majlis Penutup Konvensyen Junior Chamber International (JCI) Malaysia – Cawangan Selatan Tengah

Majlis Penutup Konvensyen Junior Chamber International (JCI) Malaysia – Cawangan Selatan Tengah

21 April 2024, Johor Bahru - Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah hadir ke Majlis Penutup Konvensyen Junior Chamber International (JCI) Malaysia – Cawangan Selatan Tengah pada 21 April 2024. 

Konvensyen yang berlangsung di Johor Bahru ini telah mengumpulkan 450 orang ahli JCI dari cawangan Selatan Tengah.

YBhg. Ts. Dr. KSU KBS dalam ucapannya telah berkongsi inisiatif-inisiatif semasa KBS dalam memperkasakan pembangunan belia seperti Rakan Muda, Dana Bantuan Belia dan inisiatif baharu dalam ekosistem TVET ILKBS seperti TVET Gig, Skills for Life dan microcrentials. 

Selain itu, beliau telah mengutarakan usaha turun padang KBS ke peringkat akar umbi melalui program Kembara Jumpa Orang Muda (K-JOM) yang turut memudahcara transisi had umur belia kepada 30 tahun berkuatkuasa 1 Januari 2026.

KSU KBS juga mengucapkan terima kasih atas segala usaha JCI dalam pembangunan belia dan menyatakan bahawa pembangunan belia memerlukan pendekatan whole-of nation. 

Justeru, kerjasama strategik antara KBS dan JCI serta semua persatuan belia perlu diperkasakan untuk mencapai matlamat seperti yang digariskan dalam Model Pembangunan Belia Madani 2030.

Turut hadir bersama adalah Encik Mohamad Mazlan bin Anis, Timbalan Pengarah (Pembangunan Belia), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 08:47:57
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.