Majlis Pelancaran Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 (MyMHI’23)
- ukk
22 April 2024, Putrajaya - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan merasmikan Majlis Pelancaran Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 (MyMHI’23) Putrajaya hari ini.
Majlis ini turut dihadiri Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli.
Inisiatif MyMHI’23 merupakan indeks kesihatan mental yang pertama di Malaysia, yang bertujuan untuk mengukur tahap kesihatan mental belia (berumur antara 15 hingga 30 tahun).
Inisiatif ini diterajui oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan United Nations Children's Fund (UNICEF) dengan sokongan daripada pemegang taruh berkaitan.
Indeks ini merangkumi tujuh (7) domain iaitu gaya hidup, persekitaran, keperibadian individu, pengalaman hidup, sokongan sosial, pengendalian tekanan, dan minda sihat, serta disokong oleh 28 indikator.
Laporan penuh MyMHI’23 boleh dimuat turun melalui pautan berikut:
https://www.iyres.gov.my/penyelidikan/senarai-penyelidikan
Hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia
