8th Asian Federation of Sports Medicine (AFSM) Congress and the 8th National Sports Institute (ISN) Sports Medicine and Sports Science Conference (SMSS)
- ukk
27 April 2024, Kota Kinabalu, Sabah - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di 18th Asian Federation of Sports Medicine (AFSM) Congress and the 8th National Sports Institute (ISN) Sports Medicine and Sports Science Conference (SMSS) di Kota Kinabalu, Sabah.
Majlis yang disempurnakan oleh YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, isteri kepada YAB Perdana Menteri ini merupakan platform bagi komuniti sukan untuk bertukar pandangan tentang kemajuan terkini dalam sains sukan, termasuk teknik dan metodologi inovatif untuk meningkatkan kesihatan dan prestasi atlet.
Persidangan dengan anjuran
kerjasama bersama Institut Sukan Negara (ISN) ini juga memberi inspirasi kepada penyelidik dan pengamal sukan Malaysia untuk memulakan kajian dan inovasi baharu dalam perubatan sukan dan sains sukan sekaligus menyumbang kepada kemajuan industri tempatan.
Hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia
