Berita KBS

 Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor

Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor

27 April 2024, UTM Johor Bahru - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim hadir ke sesi libat urus Pelan Transisi Kepimpinan Belia bersempena dengan penganjuran program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.

Kembara JOM diadakan bagi membolehkan pemegang taruh belia menyampaikan maklum balas dan pandangan terhadap draf Pelan Transisi Kepimpinan Belia secara terus kepada kepimpinan tertinggi KBS.

Maklum balas dan pandangan yang diterima ini akan digunakan ke arah memuktamadkan pelan tersebut yang bakal menjadi pemacu pelaksanaan pindaan kepada Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 [Akta 668].

Antara pengisian aktiviti di bawah Kembara JOM adalah taklimat oleh ROY, aktiviti Rakan Muda oleh JBSN dan pameran reruai oleh jabatan/ agensi kerajaan serta banyak lagi.

Program juga diserikan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, YB Aznan Tamin.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 01-05-2026, 22:11:31
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.