Berita KBS

 Majlis Perasmian Program Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) Tahun 2024

Majlis Perasmian Program Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) Tahun 2024

28 April 2024, Kota Kinabalu, Sabah - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Program Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) Tahun 2024 bertempat di Kolam Renang Kompleks Sukan Penampang, Kota Kinabalu.

KLAS Renang merupakan inisiatif KBS yang dijalankan secara pecuma bagi mengurangkan kadar kematian akibat lemas.

Inisiatif ini telah dilancarkan pada Mei 2023 dengan hasrat mendedahkan kumpulan sasar dengan teknik asas berenang yang mampu menyelamatkan nyawa serta meningkatkan ilmu peserta tentang kaedah berenang yang betul dan selamat serta mengatasi ketakutan dalam air.

Bagi edisi 2024, KLAS Renang menyasarkan penyertaan seramai 8,880 orang dalam kalangan kalangan peserta seperti berikut:

✅ : Kanak-kanak daripada Keluarga B40 berumur 6 - 12 Tahun
✅ : Kanak-kanak dan remaja OKU berumur 6 - 15 Tahun
✅ : Warga Emas Berumur 60 - 75 Tahun

Pelaksanaan program juga disokong oleh syarikat korporat iaitu Allianz Malaysia Berhad, Nestle Products Sdn. Bhd., Decathlon (M) Sdn. Bhd. dan Pos Malaysia Berhad.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 01-05-2026, 22:11:31
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.