Majlis Pelancaran Sambutan ‘Play True Day’ Tahun 2024
- ukk
29 April 2024, Bukit Jalil - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Sambutan ‘Play True Day’ Tahun 2024 bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini.
Play True Day merupakan inisiatif atau gerakan global yang diperkenalkan oleh World Anti-Doping Agency (WADA) bagi mengumpulkan semua pemegang taruh utama sukan terutamanya para atlet serta penggiat sukan dan menekankan tentang kepentingan mengamalkan budaya Sukan Bersih, Adil dan Berintegriti serta mengelakkan diri dari terjebak dengan gejala doping.
Bagi memastikan usaha penyampaian maklumat dapat dilaksanakan secara proaktif dan berkesan, ADAMAS bertanggungjawab mengunapakai World Anti-Doping Code 2021 dan ADAMAS Anti- Doping Rules 2021 dalam memperkasa jentera anti-doping dan melaksanakan aktiviti pendidikan berasaskan nilai kepada golongan pemegang taruh.
Majlis turut diserikan dengan sesi ramah mesra YB Menteri bersama warga kementerian dan pemegang taruh utama KBS.
Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia
