Berita KBS

Lawatan Kerja di Pejabat Belia dan Sukan (PBSD) Kulim

Lawatan Kerja di Pejabat Belia dan Sukan (PBSD) Kulim

6 Mei 2024, Kulim, Kedah - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu mengadakan lawatan kerja di Pejabat Belia dan Sukan (PBSD) Kulim. Beliau disambut oleh Encik Mohd Zaidi bin Zakariya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulim.

YBhg. Ts. Dr. KSU telah diberi taklimat tentang bilangan kakitangan, program-program yang dilaksanakan, cabaran yang dihadapi di peringkat daerah serta keadaan aset semasa.
YBhg. Ts. Dr. KSU turut mendengar cadangan penambahbaikan program belia dan sukan dari akar umbi untuk dipertimbangkan di peringkat lebih tinggi.
 
KSU berterima kasih kepada PBSD Kulim, walaupun menghadapi cabaran ruang pejabat, namun masih menyediakan suasana kerja yang baik dan terus bersemangat dalam menyemarakkan pembangunan belia dan membudayakan sukan.
 
Turut hadir adalah Encik Mohd Hapis Bin Mohd Shariff PBSD Kulim dan Encik Jamaluddin bin Jusoh, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulim.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 01-05-2026, 22:11:31
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.