KURSUS PENGURUSAN BERKESAN PERTUBUHAN BELIA (KPB) NEGERI TERENGGANU
- ukk
8 Mei 2024, Kuala Terengganu - Kursus Pengurusan Berkesan Pertubuhan Belia Negeri Terengganu telah diadakan dengan jayanya bertempat di Payang scout Hotel Kuala Nerus. Kursus yang dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur ini telah menarik penyertaan seramai 38 belia daripada pertubuhan belia tunggal.
Kursus selama 2 hari 1 malam ini melibatkan perkongsian ilmu seperti berikut:
- Bimbingan aspek pengurusan dan tadbir urus yang baik dalam pertubuhan belia
- Kaedah dan simulasi pengendalian Mesyuarat Agung dan penyediaan Minit Mesyuarat
- Penyediaan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) secara latihan dalam kumpulan
- Penarafan Bintang (Star Rating)
- Pindaan Perlembagaan
- Taklimat mengenai Dasar Belia Malaysia dan Pengurusan Acara
Dr. Hjh. Siti Nazariah bt. Hj. Abdul Razak, Ketua Penolong Pendaftar telah hadir bagi menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus ini. Turut hadir adalah Encik Mohamad bin Embong, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu dan En. Tengku Saifuddin bin Engku Jalal, Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Terengganu.
