Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat WP Kuala Lumpur
- ukk
12 Mei 2024, Kuala Lumpur - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir ke sesi libat urus Pelan Transisi Kepimpinan Belia bersempena dengan penganjuran program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat WP Kuala Lumpur bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya, Kuala Lumpur.
Kembara JOM diadakan bagi membolehkan pemegang taruh belia menyampaikan maklum balas dan pandangan terhadap draf Pelan Transisi Kepimpinan Belia secara terus kepada kepimpinan tertinggi KBS.
Maklum balas dan pandangan yang diterima ini akan digunakan ke arah memuktamadkan pelan tersebut yang bakal menjadi pemacu pelaksanaan pindaan kepada Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 [Akta 668].
#DemiMalaysia #MalaysiaMADANI #TeamKBS
